Wednesday, 13 August 2014

Wang Milik Penumpang Pesawat MH370 Dicuri!!

Kuala Lumpur: Sejumlah wang milik penumpang pesawat MH370 sebanyak RM100,000 dilaporkan lesap daripada akaun bank mereka.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan selepas laporan dibuat seorang pekerja bank terbabit.
 
"Seorang individu tidak dikenali memindahkan wang daripada tiga akaun mangsa kepada akaun mangsa keempat sebelum traksaksi seterusnya dibuat melalui mesin ATM dan kios bank.

"Polis sedang mengesan lokasi pengeluaran berkenaan untuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjejaki individu berkenaan," katanya.
Foto

Katanya, pengeluaran berkenaan membabitkan RM100,000 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, 8 Mac lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi pada 24 Mac berikutnya.

Saturday, 3 August 2013

KL Gangster (Kisah Silam)

komik-kl-gangster-kisah-silam-serius-lawak/
KL Gangster merupakan filem Syamsul Yusof yang telah menjadi trend masa kini. Berikut merupakan komik KL Gangster yang diubah melalui babak dalam filem tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kah kah kah lawak sungguh Shark (lakonan Shamsul Yusof) apabila dikantoikan oleh Dragon dan Jai tentang kisah silamnya yang lawak. Dalam dunia teknologi ni, mafia-mafia gangster pun kalau tweet boleh jadi trending kat twitter atau facebook hehehe. Nota: Ini hanyalah lawak jenaka je.
Layari Cerita Komik Lawak Melayukini.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jika korang suka dengan artikel ini, saya ingin menjemput saudara/saudari untuk "like" Facebook Fan Page Melayu Kini, follow Twitter Melayukini atau melanggan RSS Feed Melayukini dan menjadi orang pertama melayari artikel terbaru. Korang juga disarankan untuk menjenguk entri menarik di bawah ini. Memang best!
Comments are closed.